Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in

 

 Cara-cara Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Windows

Go down 
AuthorMessage
LocoRoco
Moderator
LocoRoco


Posts : 1521
Join date : 24/11/2009
Location : Planet Nameck

Cara-cara Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Windows Empty
PostSubject: Cara-cara Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Windows   Cara-cara Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Windows Empty13th February 2010, 5:45 pm

Dengan Norton Ghost, anda boleh membuat backup
kepada Windows anda. Misalnya, jika anda baru sahaja format komputer dan
install segala macam software yang anda perlukan, anda boleh
lakukan operasi Ghost terhadap Windows tersebut. Katakan Windows anda
kemudiannya mengalami masalah sehingga tak dapat nak buka langsung. Restore
sahaja fail Ghost tadi, dan Windows akan kembali seperti sediakala,
lengkap dengan segala software yang anda telah install.
Selain itu, operasi Ghost juga sesuai digunakan jika anda dikehendaki
untuk install Windows ke dalam beberapa buah PC. Buat backup Ghost pada PC pertama,
kemudian restore fail Ghost tersebut kepada semua PC yang lain. Cara ini jauh lebih
pantas kerana operasi restore Ghost cuma mengambil masa kurang 5 minit sahaja berbanding proses install windows yang mungkin memakan masa hingga 30 minit.

Ikuti langkah-langkah di bawah:

Buat Backup Ghost Pada Partition

  1. Hidupkan komputer anda dan masukkan CD
    Norton Ghost. Pastikan anda telah mengubah boot sequence kepada CD.
  2. Skrin Norton Ghost akan dipaparkan.
  3. Pilih Local > Partition > To Image. Pilihan ini bertujuan untuk membuat
    backup untuk partition anda, dan menyimpannya dalam bentuk fail.
    Cara-cara Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Windows Ghost-02
  4. Pilih hard disk yang mengandungi partition tersebut.
    Cara-cara Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Windows Ghost-03
  5. Pilih partition yang anda hendak backup.
    Cara-cara Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Windows Ghost-04
  6. Anda dikehendaki memilih tempat di mana fail Ghost akan
    disimpan. Pilih folder yang anda mahu, berikan nama untuk fail Ghost, dan klik Save.
    Cara-cara Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Windows Ghost-05
  7. Klik OK pada mesej “Proceed with partition image creation?”.
    Tunggu hingga proses backup selesai, dan anda boleh restart semula PC anda.
    Cara-cara Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Windows Ghost-06

Restore Fail Ghost Kepada Partition

  1. Hidupkan komputer anda dan masukkan CD
    Norton Ghost. Pastikan anda telah mengubah boot sequence kepada CD.
  2. Skrin Norton Ghost akan dipaparkan.
  3. Pilih Local > Partition > From Image. Pilihan ini bertujuan untuk restore semula fail Ghost tadi kepada partition asal.
    Cara-cara Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Windows Ghost-09
  4. Pilih fail Ghost tersebut dan klik Open.
    Cara-cara Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Windows Ghost-10
  5. Pilih partition yang mengandungi fail Ghost.
    Cara-cara Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Windows Ghost-11
  6. Pilih hard disk yang mengandungi partition asal.
    Cara-cara Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Windows Ghost-12
  7. Pilih partition yang yang anda hendak restore.
    Cara-cara Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Windows Ghost-13
  8. Klik OK pada mesej “Proceed with partition restore? Destinationpartition will be permanently overwritten”. Tunggu hingga proses restore selesai, dan anda boleh restart semula PC setelah proses selesai.
    Cara-cara Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Windows Ghost-14
Back to top Go down
https://ppddunter.forumms.net
 
Cara-cara Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Windows
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Cara-cara Menggunakan WinToFlash Untuk Install Windows XP, Windows Vista, dan Windows 7
» Kursus untuk para guru yang akan menggunakan pembelajaran guna e-book utk periksa online
» nk backup file u komputer
» macrium-reflect - Perisian Backup yang Mudah & Percuma
» Clone/Ghost Server

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Tips & Tricks-
Jump to: