Avira AntiVir PersonalEdition Classic adalah perisian anti-virus
percuma yang paling bagus setakat ni (2nd: Avast, 3rd: AVG Free).
Seperti anti-virus lain, Avira ni kena update
selalu untuk memastikan ia kenal virus dan malware yang terbaru. Tapi
sesetengah dari kita tak ada kemudahan Internet kat rumah / bilik. Ikut
cara kat bawah ni untuk ambil update
dari Internet (Cyber Cafe, contohnya) dan update
Avira kat PC korang tu.
- Pergi ke laman web: http://www.avira.com/en/support/vdf_update.html
untuk download update bagi Avira AntiVir Personal Edition
Classic.
- Perhatikan ada dua jenis update
kat laman web tu. Pilih IVDF (Unicode).
- Dalam Internet Explorer, File Download
message box akan keluar. Klik Save dan letak kat mana korang nak.
Tunggu sampai download siap.
- Buka Avira AntiVir Personal Edition Classic dan pergi ke menu Update
| Manual.
- Pilih fail yang korang dah download
tadi. Proses update akan bermula.
Siap!