Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in

 

 Isu Top IT dibangkitkan lagi

Go down 
3 posters
AuthorMessage
gee_penyu

gee_penyu


Posts : 37
Join date : 11/01/2010
Location : Dekat Perumahan TNB

Isu Top IT dibangkitkan lagi Empty
PostSubject: Isu Top IT dibangkitkan lagi   Isu Top IT dibangkitkan lagi Empty14th December 2010, 8:11 am

KUALA TERENGGANU 13 Dis. - Pihak pembangkang mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) membincangkan laporan Jabatan Audit berhubung pengurusan anak syarikat kerajaan negeri, Top IT Industries Sdn. Bhd.

Operasi syarikat yang ditubuhkan untuk pelaksanaan program komputer riba di sekolah rendah dan menengah di negeri ini, e-Book didakwa banyak kepincangan.

Dr. Syed Azman Syed Ahmad (Pas-Batu Burok) berkata, ini berikutan laporan audit yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara kepada Parlimen baru-baru ini amat mengejutkan.

Beliau mengemukakan usul di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Fasa 30 Peraturan-Peraturan dan Perintah Tetap DUN bagi membolehkan sidang ditangguhkan untuk membincangkan soal itu.

Bagaimanapun usul itu ditolak oleh Speaker DUN, Datuk Tengku Putera Tengku Awang atas alasan ia bukan suatu yang begitu mendesak kerana masih banyak ruang untuk membincangkannya dalam Dewan.

Menurut Dr. Syed Azman, laporan tersebut antaranya menyebut aktiviti projek e-Book kurang memuaskan ekoran beberapa faktor.

''Ini termasuk tiada perjanjian di antara syarikat dengan kerajaan negeri dan antara syarikat dengan pembekal perkakasan dan perisian," katanya.

Katanya, ia perlu diberi perhatian serius kerana kerajaan telah membelanjakan hampir RM100 juta bagi pelaksanaan projek ini dan RM30 juta lagi tahun depan.

Menurut beliau lagi, laporan itu mendedahkan kadar murid sekolah yang membawa e-Book ke sekolah amat rendah iaitu hanya 18.2 peratus selain berlaku kecuaian memilih pembekal perisian sistem hingga disaman kerana dituduh meniru hak cipta syarikat lain.

''Laporan itu turut menyebut kadar kerosakan e-Book yang amat tinggi iaitu 14.4 peratus yang memberi gambaran terhadap tahap mutunya.

''Di samping itu pelan bangunan kilang tidak mendapat kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta tidak memperoleh Sijil Akuan Kelayakan Menduduki daripada Majlis Bandaraya tetapi digunakan untuk menjalankan operasi," katanya.

Beliau berkata, perkara itu melibatkan kepentingan orang ramai kerana kilang itu telah beroperasi hampir dua tahun dan 60 orang bekerja di sana menanggung risiko.
Back to top Go down
gee_penyu

gee_penyu


Posts : 37
Join date : 11/01/2010
Location : Dekat Perumahan TNB

Isu Top IT dibangkitkan lagi Empty
PostSubject: Re: Isu Top IT dibangkitkan lagi   Isu Top IT dibangkitkan lagi Empty14th December 2010, 8:16 am

Salam... selamat pagi sume...

umm, da baca paper??? aiseyman... bila baca jerk berita nie, mcm2 perasaan ada, ye r cz status keje kita nie masih terumbang-ambing..
bimbang jugak klu perlaksanaan ebook dihentikan serta-merta... huhu, pe plak pandangan saing2 skalian... Rolling Eyes
Back to top Go down
Brad Bu

Brad Bu


Posts : 329
Join date : 14/06/2010
Age : 38
Location : Dungeon

Isu Top IT dibangkitkan lagi Empty
PostSubject: Re: Isu Top IT dibangkitkan lagi   Isu Top IT dibangkitkan lagi Empty16th December 2010, 8:10 am

wa.. paper mane nie?
Back to top Go down
LocoRoco
Moderator
LocoRoco


Posts : 1521
Join date : 24/11/2009
Location : Planet Nameck

Isu Top IT dibangkitkan lagi Empty
PostSubject: Re: Isu Top IT dibangkitkan lagi   Isu Top IT dibangkitkan lagi Empty16th December 2010, 9:09 am

haha.. padan la ngn akhir tahun nie...musin ujan..ngan eio skali terumbang ambing..hahaa.. psl mjls ebok ttp dilaksanakan..sbb stock dah sampai..
ok, ikut plan suk n jpnt dimana ebok murid thn 4 tahun nie perlu dilaksanakan jugak.. tp.. oleh sbb kekangan masa dan keadaan yg tidak mngizinkn (cuti sek,dll) so pihak2 yg berkenaan cuba utk 'extend' ke januari thn dpn..tp oleh sbb pihak mb tetp ingin tunaikan jgk tahun ni so jpnt, top it, ppd sepakat utk ttp mengadakan jugak majls ebok tahun 4 tetapi cuma 2,3 dun terpilih shj dalam neg trg nie.. spt dun kijal (tmpt mb), dun seb takir (yb razif)..
This is the info at the moment la..
I'll try to let we all know time to time ok babeh.. Razz
Back to top Go down
https://ppddunter.forumms.net
Sponsored content





Isu Top IT dibangkitkan lagi Empty
PostSubject: Re: Isu Top IT dibangkitkan lagi   Isu Top IT dibangkitkan lagi Empty

Back to top Go down
 
Isu Top IT dibangkitkan lagi
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Sembang²-
Jump to: